Siklon Ockhi atau Taufan Ockhi adalah siklon tropika yang paling dashyat di Laut Arab sejak Siklon Megh pada tahun 2015. Merupakan badai ketiga dan terkuat di Laut Hitam, Ockhi berasal sebagai kawasan tekanan rendah di Teluk Thailand pada 21 November 2017. Oleh kerana keadaan yang terdedah untuk laluan angin, ia melintasi bahagian selatan Teluk Bengal dan menyebabkan kerosakan kepada harta benda awam dan kehidupan masyarakat di Sri Lanka pada 29 November 2017. Disebabkan oleh kelembapan dan suhu yang lebih panas di antara Sri Lanka dan Kanyakumari (Cape Comorin) di tanah besar India, ia menjadi lebih kuat pada 30 November 2017. Semasa berada di Kanyakumari di tanah besar India, Siklon Ockhi mengubah jalannya dan menuju ke Lakshadweep di Laut Arab, memperoleh kekuatan dan berubah menjadi siklon super. di bahagian selatan Tamilnadu dan Kerala di India. Siklon Ockhi memdarat di Lakshadweep pada 2 Disember 2017. Siklon Ockhi itu juga membadai kumpulan pokok kelapa dan menyebabkan kerosakan yang banyak untuk kawasan perumahan, talian elektrik dan infrastruktur lain di pulau-pulau berikut. Siklon Ockhi berakhir di tepi pantai selatan Gujarat di India pada 6 Disember 2017. Siklon Ockhi terkenal kerana kelajuan anginnya yang sangat luar biasa, tiupan angin dari Teluk Thailand dan berakhir di tepi pantai Gujarat di barat India, yang mencatatkan perjalanan hampir 4000 batu nautika. Secara keseluruhannya, Siklon Ockhi meninggalkan kesan kemusnahan yang sangat besar di Sri Lanka, Lakshadweep, India Selatan dan Maladewa, India. Walaupun ia kian nampak lemah di peringkat akhir di atas laut Arab, hujan lebat di sepanjang pantai barat India, terutama di Maharashtra dan Gujarat tetap mencatatkan sekurang-kurangnya 39 kematian orang awam dan beratus-ratus yang lain masih hilang, terutamanya golongan yang bekerja sebagai nelayan.
Developed by StudentB